:')

Kuliah agama adalah taman ilmu yang memberi manfaat kepada sesiapa jua yang datang ke tanam tersebut.Alhamdulillah seharian membaca buku tazkirah khusyuk dalam solat.Banyak memberi inspirasi kat aye.Solat yang khusyuk ialah mereka yang sentiasa sedar dan mengikuti segala pengertian dalam setiap kalimah yang diucapkan dalam solatnya.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya "beberapa banyak orang yang mendirikan solat tetapi diperolehinya hanya penat dan letih kerana mereka itu lalai dalam solatnya".Sesungguhnya ibadah solat itu adalah suatu urusan yang besar di sisi Allah SWT,terlalu banyak halangan untuk mencapai maksud solat yang sebenar seperti yang dikehendaki syariat.Memenuhi segala segala tuntutan syarat-syaratnya dan menepati segala perbuatan dan pengucapan sebagai suatu ibadah khusus yang menggambarkan percakapan atau dialog antara hamba dan khaliq.
Sungguh amat sukar untuk memberikan tumpuan sepenuhnya di dalam solat, adakalanya tumpuan dan ingatan kita kat solat tu hilang kawalan. Ya Allah , betul-betul khusyuk baca buku ni taw.Aye dapat banyak faedah dari buku tu dan ia mengajak kita menilai kembali pencapaian mutu solat kita.
Actually buku ni sudah lama ada kat bilik bacaan tetapi terlepas pandang .Apabila hati lalai,ia akan menjadi hijab yang menghalang untukhampir kepada Allah SWT.PAST • FUTURE